• Slip Disc

    Punca Punca Terjadinya Slipped Disc

    Mengikut statistik , masalah sakit belakang amat kerap berlaku . Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. Hanya sebahagian sahaja yang mengalami slipped disk.         Slipped disc ni sebenarnya merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat,membojol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord)¬† atau saraf akar¬† ( nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan , kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc ( PID) atau Herniated…