Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang merupakah salah satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan / dihadapi oleh semua wanita yang baru lepas melahirkan anak. Amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan si ibu benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi perancangan keluarga. Manakala rawatan badan luar dan dalam serta pemakanan perlu dikawal dengan ketat sehingga tamat tempoh berpantang.

Lazimnya, masyarakat Melayu berpantang selama 40 hari bagi mengembalikan kecergasan wanita. Amalan seperti berurut, bertuam, bertungku, berbengkung, dan berbarut mungkin agak melecehkan bagi sesetengah orang tetapi kesan dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.

 

Rawatan Tradisional

Secara umumnya, rawatan secara tradisional ni dilakukan dengan bimbingan orang orang yang lebih tua. Akan tetapi, setiap kaedah mungkin agak berlainan kerana ia bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Walaubagaimanapun, semuanya bertujuan untuk menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin.

Antara rawatan tradisional adalah seperti berikut:

  • Bertungku

    Bertujuan merawat bahagian badan. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

  • Berurut

    Urut bertujuan untuk memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

  • Mandi

  1)   Mandi Dedaun

– kerana dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

2)  Mandi Lulur

– Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Ianya bertujuan untuk  merawat wajah dan tubuh.

  • Bertangas

    -Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).

 

  • Berbengkung

    – Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. Tetapi haruslah diingatkan, Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

  • Minum akar kayu dan jamu

    – bertujuan untuk menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan. mengecutkan rahim.

 

  • Makan makanan Berkhasiat

    -Elakkan hidangan yang boleh menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang seperti  ais batu. Selain itu elakkan juga makanan yang berangin seperti makanan berlemak, bergoreng , sayuran berubi, sayur kobis dan banyak lagi.

sumber : aidura blogspot

 

Selain semua rawatan tradisional diatas, Kita juga boleh berpantang dengan rawatan  secara moden . Ya la, bagi orang muda sekarang mungkin agak sukar berpantang secara tradisional . Tambahan pula , tanpa bimbingan dari orang tua . Jadi, bolehlah cuba alternative lain yang juga mempunyai fungsi sama merawat badan dan menyembuhkan luka selepas bersalin.

 

Rawatan Moden

Bagaimana Vivix Membantu Mereka Yang Baru Lepas Bersalin

 

  1. Membantu Proses Penyembuhan -Merupakan sumber anti-oksidan yang mengandungi resveratrol yang tinggi dalam membantu dalam proses penyembuhan  luka
  2. Membaiki sel sel hingga ke peringkat DNA  – ia akan menghasilkan sel- sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya.

3. Memberi Tenaga – Dalam vivix ni terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria.  Mitochondria ni mampu memberi tenaga kepada ibu ibu yang  baru lepas melahirkan dan menyusukan bayi.

Testimoni Pengguna Vivix

 

 

Bagaimana Untuk  Mendapatkan Vivix?

Disini ada 2 cara untuk hampa semua dapatkan vivix shaklee ni.

  • Boleh membeli sendiri dengan menggunakan debit kad/ kredit kad dengan hanya klik link gambar dibawah ni

  •   Boleh terus order melalui saya dengan cara whatsapp atau sms saya dinombor 017-503-9907

 

 

 

YOUR TRUSTED SID

   

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge