• Bell's Palsy

    Terkejut Bangun Pagi Tengok Muka Jatuh Sebelah

    Terkejut bangun pagi tengok muka jatuh sebelah rupa-rupanya diserang bell’s palsy.   Apa itu bell’s  palsy?   Menurut, Dr. Loganathan, bell’s  palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.   Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.   Menurut beliau, nama bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).   Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah)…