• DIABETES

    Kencing Manis Ketika Hamil

        Diabetes semasa hamil ( DIABETES GESTASI) . Pernah terfikir tak yang memang takdak masalah kencing manis. Tiba-tiba semasa hamil doktor sahkan ada diabetes. Terkejut bukan? Macamna boleh ada? Apakah puncanya? Apakah risikonya kepada bayi dalam kandungan? haa jom baca sampai habis.   Apa Itu Diabetes Gestasi?   Diabetes semasa hamil atau dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ni taktau pun kata menghidap kencing manis, tup tup kini mempunyai paras glukosa yang lebih tinggi dari paras mereka yang normal.   Bagaimana Diabetes Gestasi Berlaku? Diabetes akan berlaku apabila badan tak boleh nak hasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin…

  • DIABETES

    DIABETES

    Assalammualaikum dan selamat malam… entry kali ini, saya nak terangkan pasal DIABETES…   APAKAH DIABETES? DIABETES adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi insulin yang terjejas atau kedua-duanya sekali.Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa darah.       BAGAIMANA DIABETES BERLAKU?   Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan ditukar dalam bentuk gula,iaitu glukosa. A�Insulin ini akan membantu menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini dipanggil DIABETES.     FAKTOR RISIKO DIABETES Berat badan yang berlebihan kurang bersenam…

  • DIABETES

    Jangan potong kaki saya

    SEJARAH PENYAKIT KENCING MANIS   Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataanmellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu…