• Kanser kulit

    Bagaimana Mencegah Kanser Kulit

    Tidak ramai yang sedar tentang kepentingan untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari (UV) untuk mencegah daripada kanser kulit. Walaupun kanser kulit lebih banyak dilaporkan dinegara Australia, kanser kulit juga boleh berlaku di Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan bahawa kes kanser kulit non-melanoma dan melanoma telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu. Pada masa ini, di antara 2-3 juta kes non melanoma dan 132,000 kes melanoma telah dilaporkan di seluruh dunia setiap tahun.   Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan lebih banyak cahaya UV sampai ke permukaan bumi dan ini boleh meningkatkan risiko kanser kulit.   Walaupun kanser kulit lebih kerap berlaku pada individu yang berkulit cerah, ia juga boleh terjadi…