Doa yang Jarang Ditolak

Dr Sayyid Muhammad bin ‘ Alawi al Maliki al Hasani memberitahu kita di dalam buku Abwabul Farj berkenaan dengan adab berdoa iaitu: Mangambil peluang ketika berlaku perkara yang mulia .

iaitu seperti ketika:

  • Hujan lebat

  • Ketika mendidrikan solat fardhu

  • Waktu antara azan dan iqamat 

  • Ketika sujud

 Kelebihan Berdoa Ketika Hujan Lebat

  • Rasulullah saw bersabda: Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan. Hujan membawa rahmat kepada manusia dan kehidupan lain. Manusia perlukan air untuk diminum dan tumbuhan perlukannya untuk tumbesaran . Imam Nawawi membertitahu doa pada waktu ini jarang ditolak kerana turunnya rahmat terutama curahan hujan pertama diawal musim.

 

Doa Ketika Mendirikan Solat Fardu

  • Sabda Rasulullah SAW ini menggambarkan afdalnya berdoa saat ini. ” Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”  ( Riwayat Abu Daud)

Doa Diantara Waktu Azan dan Iqamat

  • Apabila selesai melaungkan azan , kita sepatutnya melazimi diri berdoa pada waktu ini sementara menunggu iqamat yang akan diucapkan oleh bilal. Dengan demikian, doa kita tidak akan ditolak oleh Allah SAW bersandarkan apa yang disebut oleh Rasulullah SAW.

Baginda bersabda ; ” Doa tidak akan ditolak diantara azan dan iqamat” (Riwayat Abu Daud dan al- Bbaihaqi)

Sabda baginda yang lain : ” Doa diantara azan dan iqamat tidak akan ditolak .

Berkata para sahabat ; ” Maka, apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah?

       Nabi bersabda ; ” Pohonlah kepada Allah SWT kesejahteraan didunia dan diakhirat. (  Riwayat Tirmizi)

Adakah Dengan Berdoa Ketika Sujud, Doa Kita Boleh Termakbul?

Rasulullah SAW bersabda : Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, ,maka kamu perbanyakkanlah doa. ( Riwayat Muslim An-Nasa’i. Abu Daud dan Ahmad) ketika bersujud kepada Allah SWT, dahi kita mencecah lantai; maka Rasulullah SAW memberi tunjuk ajar kepada kita supaya memperbanyakkan berdoa kerana waktu ini kita terlalu hampir dengan Allah SWT.

Perbuatan ini sebagai tanda kita hamba-NYA yang serba kekurangan, menyembah Tuhan yang menciptakan kita. Rasulullah  SAW turut bersabda ; Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan. ( Riwayat Muslim )

Justera, kita harus berdoa dengan sungguh sungguh dan penuh perasaan dengan mengharapkan doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Nescaya, Allah yang Maha Pemurah tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-NYA.

 

Sumber: Buku Q & A

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge