Kencing Manis Ketika Hamil

 

 

Diabetes semasa hamil ( DIABETES GESTASI) . Pernah terfikir tak yang memang takdak masalah kencing manis. Tiba-tiba semasa hamil doktor sahkan ada diabetes. Terkejut bukan? Macamna boleh ada? Apakah puncanya? Apakah risikonya kepada bayi dalam kandungan? haa jom baca sampai habis.

 

Apa Itu Diabetes Gestasi? 

 

Diabetes semasa hamil atau dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ni taktau pun kata menghidap kencing manis, tup tup kini mempunyai paras glukosa yang lebih tinggi dari paras mereka yang normal.

 

Bagaimana Diabetes Gestasi Berlaku?

Diabetes akan berlaku apabila badan tak boleh nak hasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas dan ia mempunyai 2 tugas.

  1. Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
  2. Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan

Semasa hamil, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi. Terutamanya, mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tak boleh nak menbyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakitbatkan anda menghidap diabetes gestasi.

Diabetes ni selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Berbeza dengan diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

 

Simptom Diabetes Gestasi

Antara simptomnya adalah :

  • Keletihan
  • Dahaga yang terlampau
  • Kerap membuang air kecil yang banyak
  • Penglihatan kabur

Kesan pada Kehamilan

Masalah utama jika berlaku terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasentake bayi iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi akan menjadi TERLALU BESAR.

 

Bayi yang besar akan menyukarkan proses kelahiran dan bersalin. Kadangkala perlu bersalin secara pembedahan caesarean.

Bayi-bayi yang menerima teralu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti:

Gula dalam darah rendah ( hipoglisemia )

-Jaundis 

Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu diunit neonatal.

Bayi-bayi ini juga didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.

 

Faktor Anda Boleh Menghidap Diabetes Gestasi

Anda berisiko tinggi jika :

  • BMI lebih daripada 30
  • Pernah melahirkan bayi besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
  • Penghidap diabetes gestasi sebelum ni
  • Sejarah keluarga yang ada kencing  manis

Apa Nak Buat Kalau Terkena Diabetes Semasa Hamil?

Apa yang paling penting adalah mengawal pemakanan. Cuba ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik  rendah. Kiraan indeks glisemik dikira dari kiraan 0 hingga  100. Nilai 0 adalah apabila makanan tidak meningkat paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan gula dalam darah adalah 100.

GI rendah apabila ia bernilai <55

GI sederhana apabila ia bernilai dari 56 ke 69

GI tinggi adalah nilai yang lebih dari 70

Cari makanan yang mempunyai nila GI yang rendah supaya glukosa dalam darah tidak naik mendadak. GI yang tinggi tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang.

Contoh makanan GI tinggi adalah seperti:

  • Roti putih : 78
  • Nasi putih: 77

Contoh makanan GI rendah :

  • Bijiran jagung : 54
  • Energy Soy Protein (ESP)  : 39

 

Kita adalah apa yang kita makan. Jaga makan sebaiknya dan kita boleh mengawalnya. Cuba ESP jika anda ada masalah diabetes semasa hamil.

 

Kenapa ESP Sesuai Untuk Pesakit Diabetes Gestasi?

Esp merupakan minuman yang mempunyai GI rendah :39. Indeks glisemik rendah yang membantu :

 

  1. Kawal kadar gula dalam darah 
  2. Rasa kenyang yang berpanjangan 
  3. Mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis 

 

ESP ni juga memberi rasa kenyang dan memberi tenaga yang lebih lama . Eh, selain tu, rendah kalori juga tau. Jadi dapatlah mengawal berat badan semasa hamil

Jadi, bakal-bakal ibu yang menghidap kencing manis mesti menjaga pemakanan ketika hamil bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kehamilan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung.

 

 

 

Feedback Pengamal Esp Shaklee

 

‘Doktor puji kehamilan saya’

‘Baby membesar dengan baik’

‘Gula terkawal’

-Puan Asyiqin Alias

 

 

‘ Banyak membantu dari segi tenaga’

‘Kulit jadi glowing’

-Ema

 

Berminat Nak Cuba Esp Shaklee?

Anda boleh membyat pembelian sendiri  dengan menggunakan debit kad/ kredit kad dengan hanya klik link gambar dibawah ni.

 

Atauu ,boleh terus order melalui fira. Fira akan uruskan pembelian anda. Anda hanya tinggal tunggu Esp sampai sahaja 🙂 Boleh whatsapp/ sms fira di nombor 0175039907

 

YOUR TRUSTED SID

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge