TIPS - Penjagaan Muka

Petua Dapur

3 petua dapur yang fira nak share dengan anda harini adalah:

 

-Tips Kerang lebih mudah dikopek

-Ayam bakar lebih enak

-Tembikai lebih segar dan enak

 

 

1)  Petua Kerang lebih mudah dikopek

 

 

Ramai ke yang dah tau pasal tips ni atau baru je tau lepas baca ni ? hehe ok untuk memastikan kerang lebih mudah dikopek adalah dengan cara mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan . Haa lepasatu korang boleh nampak kerang akan terbuka sedikit dan ia akan memudahkan proses membuka.

 

 2. Ayam Bakar Lebih Enak

 

 

ok tips seterusnya adalah untuk memastikan ayam bakar  lebih enak rasanya. Ni rahsia ni hehe. Kalau nak memastikan ayam bakar rasa lebih enak dan isinya lebih lembut , semasa perap ayam dengan bahan bahannya , anda boleh campurkan sedikit cuka makanan kedalam bahan perapan tadi . Apabila dibakar, insyaallah, isinya akan lebih lembut dari biasa dan tak terlalu kering.  Bila isi lembut baru la sedap nak makan kan.

 

3.  Tembikai Lebih Segar dan Enak

 

 

Untuk menikmati keenakan buah tembikai dan untuk mengelakkan dari sebarang alahan yang mungkin dialami , rendamkan terlebih dahulu sebiji buah tembikai kedalam sebaldi air selama 5- 6 jam. Serelah direndam barulah di potong dan di makan. Insyaallah , akan terasa kesegaran yang asli hehe.

okay, Selamat Mencuba ya kawan kawan.

 

Syafira Naser

Pengedar Shaklee Sungai Petani & Seluruh Malaysia

Nur syafira Bt Mohd Naser.24 tahun merupakan puteri tunggal En Naser dan puan Aniza. Tinggal di Sungai petani dan merupakan pengedar sah shaklee Sungai Petani. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee boleh terus whatsapp 0175039907

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge