TIPS - Penjagaan Muka

Petua Hilangkan Daki Di Leher

Harini fira nak share satu petua yang hanya menggunakan bahan yang ada kat dapur. Petua apa la agaknya eh hehe. Ok, sebenarnya fira nak share petua untuk nak hilangkan daki di leher.

Malu kan kalau orang tengok muka putih elok mai tang leher berdaki. Tak kira lelaki atau perempuan, kita haruslah jaga penampilan diri. Penampilan diri ni merupakan suatu benda yang sangat penting sebab penampilan yang buruk atau kotor boleh menyakitkan hati sesiapa yang memandang sekaligus menimbulkan ketidakselesaan buat diri sendiri juga.

 

Eh, dah kenapa orang nak sakit hati tengok penampilan kita yang kotor dan buruk?

 

Haa jangan salah faham, bukanlah sakit hati tu bererti benci. Tapi, lebih kepada rasa ketidakselesaan mata orang memandang kita. Sudah menjadi fitrah manusia kan cenderung kepada keindahan , ketampanan dan kecantikan . Jika ditinggalkan bererti ianya adalah sesuatu yang tak normal, baik disisi manusiawi atau kesalafahaman terhadap islam itu sendiri.

 

Penampilan diri sangat berkait rapat dengan kebersihan.  Lelai atau perempuan. kedua – duanya amatlah disarankan untuk menjaga kebersihan diri. Dalam islam amatlah menitikberatkan tentang kebersihan ni.

Penampilan yang elok menurut syar’i adalah tuntutan kehidupan.penampilan memainkan peranan penting dalam penonjolan imej dan penerimaan orang .

 

 

Tujuan fira tulis petua pasal nak hilangkan daki kat leher ni sebab ada yang mengadu lehernya gelap tak sekata dengan warna kulit muka. Kalau pakai tudung mungkinlah boleh tutup. Tapi, bagi kaum adam ni pula macamna ?

 

Daki di leher sememangnya sukar ditanggalkan , namun timun dapat membantu anda dalam mengatasi hal ni. So, fira nak share dengan anda semua bahan bahan yang kita perlukan dan caranya.

 

Bahan – Bahan Yang Diperlukan

  • Timun
  • Air Bersih

Cara-Caranya 

  • Ambil sebiji timun , kemudian parut halus sebelum dioles dibahagian leher yang berdaki. Ratakan, kemudian gosok dan usap dibahagian tersebut. Biarkan selama 15 minit dan akhir sekali bilas dengan air bersih. Jadikan ianya rutin sebelum mandi setiap pagi, anda akan melihat kulit leher semakin cerah dan bersih .

Selain dari cara diatas, anda juga boleh ikhtiar dengan makan vitamin c shaklee. Bukan sekadar untuk menghilangkan daki di leher. Semua tempat boleh cerah tau. Vitamin c mencerahkan luaran dan dalaman badan. Kan fira cakap tadi , kita kena jaga penampilan diri hehe. So, jagalah luar dan dalaman sekali barulah meletopp gitu.

Vitamin c shaklee ni berbentuk tablet tau.  Sehari disarankan ambil sekurang kurangnya sebiji. Manfaat vitamin c ni bukan hanya dapat mencerahkan kulit, vitamin c shaklee juga dapat membantu memudarkan parut jerawat serta menghalang kulit dari naik jerawat .

Kalau nak cuba bolehlah order dengan fira. sebotol ada 180 biji dan tahan hampir 6 bulan tau. Fira boleh COD untuk anda yang berada disekitat Sungai Petani. Buat mereka yang jauh fira boleh tolong pos kan . atau boleh terus membuat pembelian dengan klik gambar dibawah ni.

 

Untuk sebarang pertanyaan , terus whatsapp fira PETUA HILANGKAN DAKI DI LEHER

 

 

Selamat Mencuba !

Nur syafira Bt Mohd Naser.24 tahun merupakan puteri tunggal En Naser dan puan Aniza. Tinggal di Sungai petani dan merupakan pengedar sah shaklee Sungai Petani. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee boleh terus whatsapp 0175039907

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge