Pool Mewah Dalam Kawasan Kampung

Bila sebut kampung ja mesti kita mula bayang ada tasik, sungai dan sebagainya. Jauh sangat nak bayangkan kolam mewah kan. Tapi, hampa mesti terkejut lepas p satu tempat riadah ni. Tempat cantik dan kolam pun cantik sangat sesuai untuk bawa family mai riadah time cuti sekolah tau. Kat kampung Singkir je uolss

Minggu lepas fira ada p satu tempat ni bersama family. Saja lah riadah dengan family ramai ramai kan hehe. Tempat ni memang sangat sesuai untuk mereka yang anak ramai yang tak mampu nak jalan jauh jauh. Dapat datang sini pun dah syukur tau dengan tempat menarik dan harga yang murah 🙂

Suasana kampung yang aman damai ditemani bunyi cengkerik ditengah malam heaven ok kalau serabut sangat dengan kerja tambah yang duduk di tengah kota tu hihi.

Nama tempat ni chalet Nur Kasih terletak di Singkir Yan . Haa sapa orang kedah tu kalau tak tau lagi saja sangat la kan singkir tu kat mana haha.

 

Ada 3 kolam dekat sini

kolam ni kira macam  kolam utama la. Untuk orang dewasa sebab kolam ni agak dalam. Fira pun tak lepas sampai hujung sebab tak pandai berenang :p Ehh tapi ada provide pelampung tau. Sewa dalam 2.00 macam tu ja untuk satu .

Waktu malam nak berendam sampai pukul 3 pagi pun takdak sapa nak marah ok. Sejuk gedi hihi

Ni kolam ni tak la dalam macam kolam utama tadi tapi still best. Fira banyak mandi kat kolam ni ja sebab sejuk bawah pokok sikit hihi dan sumber air dari air bukit tau. Air pun dalam sehari banyak kali tau depa tukaq.

 

Hujung sana tu kolam khas untuk budak budak. Memang best hihi.

 

Haa,bukan tu saja tau, tempat makan pun disediakan. Kira kalau nak masak makan sini pun boleh la . Lengkap dengan kemudahan ada dapuq gas, ada meja makan, ada freezer, ada tempat untuk bbq sekali tau. Hampa tinggai bawa bahan masak dan arang ja hehe.

 Nampak tak freezer tu

sambil makan sambil tengok orang berenang hihi

pinggan dan caawan disediakan

Tempat Bbq disediakan. Arang ja kena bawa sendiri huhu

Dapuq gas pun ada. Abah siap goreng pisang lagi buat makan petang hihi

Tempat riadah depan bilik . Kami sembang sampai tengah malam kat sini hehe

Tempat riadah tepi kolam. Makan nasi tengah hari menambah ni haha

pilih cepat nak duduk bilik mana hehe.

setiap bilik ada tv, aircond . Ehh astro pun ada tau

LOKASI

Terletak di Kampung Singkir Genting jalan nak ke Tanjung Dawai berdekatan dengan Masjid Singkir Darat dan Sekolah Kebangsaan Singkir..

 

KELEBIHAN CHALET NUR KASIH:

Tidak jauh dari pusat makanan laut Pantai Tanjung Dawai.

Bagi yang meminati mee tulang gearbox, chalet nur kasih adalah pilihan yang betul kerana kedai mee tulang yang pernah viral di TV berdekatan dengan chalet.

Jika ada yang berminat untuk memancing 🎣 ,anda boleh berurusan awal dengan pihak chalet.Banyak pulau menanti bagi merealisasikan hobi anda.

chalet juga mempunyai 3 kolam yang bersih(untuk kanak-kanak dan dewasa.)

PERHATIAN

📝Sila buat tempahan awal..Bilik adalah terhad..
.
Kadar sewaan setiap bilik dari RM75 hingga RM80.
Bilik RM75 boleh menampung 2-3 orang.
Bilik RM85 boleh menampung 2-5 orang.
.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


+Bilik yang selesa

+Aircond.

+TV astro njoi.

+Bilik air dalam bilik.

+Peralatan dapur untuk memasak.

+Mini dewan/ ruang solat.

 HUBUNGI :

📞 013-5916702 – Hjh Maznah
📞
 019-4762693 – Hj Halim
Jika panggilan busy,
WhatsApp – En Mohd Farhan (013-4604483)

 

Ehhh, fira lupa nak pesan kalau nak mandi tengah hari tu sebelum terjun make sure pakai sunblock tau hehe. Faham faham jela kalau berendam lama lama ni dok bawah cahaya matahari pulak naik nanti habis sunburn hihi.

Selain pakai sunblock jangan lupa ambil supplement  vitamin c dan vitamin e sama untuk melindungi kulit dari dalam .  Vitamin e dan vitamin c ni adalah antioksidan . Seperti yang hampa tau, antioksidan ni memang dikenali sebagai pemulih dan pelindung kulit dari radikal bebas. Makanya, sel sel kulit akan dilindungi tau.

kedua dua item ni sangat membantu tau untuk lindungi kulit kita dari dalam .

TESTIMONI

Kulit makin cerah lepas consume vitamin c dan vitamin e

Cara Untuk Beli Set Sunburn ni

Disini ada 2 cara untuk hampa semua dapatkan vitamin c dan vitamin e  ni.

  • Boleh membeli sendiri dengan menggunakan debit kad/ kredit kad dengan hanya klik link gambar dibawah ni

 

  •   Boleh terus order melalui saya dengan cara whatsapp atau sms fira dinombor 017-503-9907

 

YOUR TRUSTED SID

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
term paper monster com