TIPS - Penjagaan Muka

Tanda Awal Kanser Payudara

Tanda awal kanser payudara yang mungkin anda tak perasan adalah seperti berikut:

 

Tanda Awal Kanser Payudara

 

1. Ketulan disekitar Payudara 

2.Keluar Cecair dari payudara

a) Cecair jernih

b) Cecair bercampur darah

3. Warna kulit payudara menjadi merah

4. Rasa gatal pada puting susu

5. Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab

6. Rasa sakit di payudara secara berterusan  dan tak hilang

7. Puting masuk kebahagian dalam

8. Terjadi kerutan disekitar bahagian puting.

 

 

 Faktor Kanser Payudara

1. Umur-  1 daripada 500 wanita dalam umur 30 an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payudara . Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi

2. Sejarah Keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit barah payudara ni boleh diwarisi.Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

3. Sejarah menghidapi kanser – Dah  pernah menghidap kanser payudara sebelum ini.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/ Eropah Utara, insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara- negara lain seperti Jepun

6. Mula datang haid awal. ( sebelum usia 12 tahun ) atau putus haid lewat  ( selepas umur 50 tahun)

7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

 

Kebanyakkan pesakit kanser payudara insyaallah boleh dirawat dan peluang mereka bertambah cerah apabila ia dapat dikesan diperingkat awal.

 

Jenis Rawatan

1) Jenis Pembedahan

Tujuan pembedahan adalah untuk membuang tisu kanser payudara yang juga disebut ‘ lumpectomy’.

Rawatan pembedahan juga melibatkan pembuangan keseluruhan atau sebahagian daripada  payudara dan kelenjar ketiak. Jadi, terapi konservatif ini tidak melibatkan pembuangan tisu normal.

 

 Terdapat 5 kategori pembendahan

  1. Pembuangan sebahagian payudara. Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan ( lumpectomy) . Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
  2. Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara . Dalam pembedahan ini, seluruh payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak di buang.
  3. Pembuangan payudara radikal diubahsuai . Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa diketiak.
  4. Pembuangan payudara radikal ; pembuangan seluruh payudara , yang terlibat kelenjar limfa dat otot-otot dibahagian bawah payudara
  5. Pembedahan bahagian ketiak ; pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

2. Kimoterapi

 

 

kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil.

Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi  selepas pembedahan ia dapat mengurangkan kemungkinan kanser untuk berulang. Kimoterapi ini juga adalah rawatan utama yang diberi sekiranya kanser telah merebak ke luar payudara dan di kawasan ketiak atau setelah ia merebak luas setelah rawatan pertama.

Kimoterapi selalunya diberi sebelum pembedahan. Biasanya untuk mengecilkan bengkak.

Rawatan kanser payudara  diberi dalam beberapa kitaran. Setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3-6 bulan .

 

Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi. Antara beberapa kesannya adalah :

 

-Letih yang teramat kerana kekurangan sel darah merah

-Loya dan muntah-muntah

-Hilang selera makan

-Rambut gugur

-Kudis di mulut

-Perubahan kitaran haid

-Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih

-Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku

 

3. Terapi Radiasi

 

 

Rawatan jenis ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi ( x-ray) untuk membunuh atau mengecutkan sel-sel kanser . Radiasi mungkin dari luar badan atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan . Ia juga dikenali sebagai proses radioterapi.

 

Rawatan ini bertujuan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembdahan. Kadangkala ia digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan . Setiap rawatan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

 

Kesan sampingan utama terapi ini ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan merasa keletihan.

 

4. Terapi Hormon

Hormon estrogen mengalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara pada sesetengah wanita. Terapi hormon adalah sejenis kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen untuk merawat kanser payudara.

Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang.

 

5. Rawatan Alternatif

Selain dari semua rawatan diatas, anda juga boleh ikhtiar dengan mengambil supplement tambahan bagi membantu. Tetapi, apa apa pun  pastikan dapat rawatan doktor terlebih dahulu agar ianya tak menganggu proses rawatan yang dilalui sekarang.

Salah satu supplement yang boleh anda ikhtiar adalah vivix shaklee. Ia bukanlah ubat untuk merawat. Cuma supplemen bagi membantu. Tak salah kan kita ikhtiar. Ianya adalah ikhtiar kita semata mata. Mana tau dengan asbab ambil suplemen ianya boleh membantu mengurangkan sedikit sakit yang dialami.

 

Bagaimana Vivix membantu?

Bagaimana vivix ini membantu adalah dengan kandungan yang terdapat dalam vivix itu sendiri. Antara salah satu bahannya adalah resveretrol dan polifenol.

 

Resveretrol dapat menghalang sel kanser dari merebak dan menggalakkan proses membunuh sel-sel yang tak normal dalam badan. Ianya juga terbukti mampu mencegah penyakit kanser .

Menurut kajian terbaru yang dibuat oleh Universiti of Missouri pada october 2013 , lebih  banyak sel kanser mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveretrol ( kandungan utama vivix) dan terapi berbanding terapi saja.

 

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Penghidap Kanser Payudara

 

Testimoni 1

alhamdulillah asbab selepas minum sebotol vivix, semestinya dengan izin Allah s.w.t

Testimoni 2

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vivix shaklee ni, boleh direct order dengan fira kerana fira merupakan wakil pengedar sah shaklee seluruh Malaysia.  Boleh terus whatsapp fira  atau boleh terus membuat pembelian dengan klik gambar dibawah ni

 

 

 

Syafira Naser

Hubungi PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI PETANI DAN SELURUH MALAYSIA   untuk sebarang pertanyaan dan pembelian .

 

Nur syafira Bt Mohd Naser.24 tahun merupakan puteri tunggal En Naser dan puan Aniza. Tinggal di Sungai petani dan merupakan pengedar sah shaklee Sungai Petani. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee boleh terus whatsapp 0175039907

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge