Tips Melupakan Kekasih Lama

Assalammualaikum semua….

hahaha okay..tetiba malam ni  terbuka pintu hati saya nak share beberapa tips   untuk melupakan orang yang pernah singgah dalam hidup kita iaitu kekasih lama 🙂

saya yakin dan pasti ramai gadis gadis  diluar sana yang tengah menangis dihujung penjuru katil mengenang kekasih lama..hihi

okay..macam mana nak lupa ni?

bertahun dah saya dengan dia..

tak mungkin saya dapat lupakan dia..dah bertahun saya dengan dia!!

KENAPA TIDAK?

KENAPA TAK MUNGKIN?

siapa cakap tak mungkin?

yee..tak mungkin bagi yang tak pernah usaha untuk melupakannya

dibibir kata ingin melupakan..

tetapi..jari, hari-hari dok stalk fb dan ig..memang la tak jadi apa :p

images (33)

saya akan bagi beberapa tips buat anda semua..semoga bermanfaat

Tips PERTAMA

– Jeng jeng jeng….apakah ia?? hehe…benda wajib korang buat ialah DELETE…delete apa??haaa..tolong delete semua gambar yang ada dalam simpanan kalian dan nombor telefonnya..supaya jari jemari korang yang lembut gemalai tu tak gatai dok nak hantaq msg kat dia…JANGAN!!!! AWAS!!

Tips KEDUA

BLOCK..Ya. block fb dia..( sementara waktu saja).bukan niat nak bermusuh ke apa.tapi, just nak bina hati bagi sado ja dulu okay..kalau tak block ,dok scroll sana scroll sini nampak dia dok sakan update..sakit hati ke tak?? jadi, langkah selamat untuk megelakkan hati daripada terkoyak better block kejap semua yang berkaitan ‘SI DIA’

Tips KETIGA 

Biasakan mulut anda dengan perkataan ” AKU PASTI LUPAKAN DIA’ ulang ulang ulang

Tips KEEMPAT

Ni tips yang paling penting…BERDOA..doa la..mohon kepada ALLAH S.W.T  agar tarik perasaan cinta/ sayang terhadap SI DIA..tutup terus hati tu..jangan dok berharap lebih – lebih meskipun masih ada perasaan sayang tu…

Tips KELIMA 

Bila otak anda mula ingin memikirkan pasal si dia..cepat cepat sibukkan diri ..apabila datang je perasaan sedih tu segeralah  pergi ambil wudhuk..solat mengadu dekat ALLAH S.W.T.Jangan biarkan otak memepengaruhi kita..

Tips KEENAM

Terlalu rindu? sampai tahap kritikal dan tak tertahan lagi? cepat- cepat pegang al-quran .

MENGAJI, MENGAJI,MENGAJI

Tips KETUJUH

Tolong ya…jangan berniat lansung untuk ambil tahu pasal si dia..buat buat tak kenal sat..haha

Tips AKHIR

Jangan simpan dendam..maafkanlah segala kesalahannya..ingat..  jodoh ditentukan oleh ALLAH S.W.T..buat segala suruhaNYA dan tinggalkan segala laranganNYA..

INSYA ALLAH..JIKA SUDAH DITAKDIRKAN BERJODOH , TAKKAN KE MANA..

JANGAN RISAU..cepat atau lambat.kita semua akan berjumpa dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T….jodoh yang terbaik

images (31)

itu sahaja tips dari saya buat anda semua..semoga bermanfaat buat anda semua..

p/s: nanti dah boleh lupakan si dia..UNBLOCK balik ya..hahaha tak baik tau bermusuhan…

GOOD LUCK..

<3 INGIN MENDAPATKAN SUPLEMENT SHAKLEE? <3

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge