Berpantang

Tips Memilih Set Berpantang

Pasti buat mereka yang baru ingin melahirkan anak sulung tercari cari set berpantang yang sesuai kan. Tapi banyak jenama di pasaran yang membuatkan anda di dalam dilema untuk memilih yang terbaik.

Jadi , sebelum buat pilihan apa kata baca dulu tips yang fira nak kongsikan ni, Mana tahu dapat bantu awak awak yang dalam dilema untuk memilih set berpantang yang terbaik hehe.

 

 

Tips Pilih Set Pantang

 

1) JENAMA PRODUK YANG INGIN DIGUNAKAN

 

Cari info tentang set bersalin yang anda tahu . Bandingkan dan teliti satu persatu.  Setiap produk mempunyai keistimewaannya yang tersendiri . Sebagai pengguna, anda dinasihatkan meneliti isi kandungan produk , cara penggunaannya dan lain lain agar produk yang dibeli dapat digunakan dengan sebaiknya.

 

2) BUDGET

 

Sebelum buat keputusan, tentukan bajet anda terlebih dahulu. Pastikan anda cari set pantang yang sesuai dengan bajet anda. Ukur baju di badan sendiri, jangan terlampau mengikut orang sehingga lari dari bajet asal anda. Pilihlah mengikut kemampuan anda.

 

3) SEMAK BAHAN KANDUNGAN

 

Amatlah penting untuk anda semak dahulu bahan yang terkandung didalam set berpantang yang ingin anda beli. Pastikan bahan tersebut sesuai buat anda . Anda juga mungkin boleh minta pendapat atau pandangan daripada mereka yang pernah menggunakan.

 

Anda sendiri tahu anda suka yang bagaimana kan?  Jika anda suka jamu, anda boleh pilih set pantang yang berasaskan jamu. Tetapi, jika anda adalah seorang yang tidak gemarkan jamu, anda boleh cari set berpantang lain selain jamu.

 

4) KENALPASTI APA YANG ADA DIDALAM SET BERPANTANG TERSEBUT

 

 

 

Pastikan anda kenalpasti terlebih dahulu apakah yang terkandung didalam set berpantang tersebut. Setiap yang terkandung pastikan anda tahu apakah fungsi dan manfaatnya agar anda makan dan tak membazir. Selalunya orang suka beli sesuatu sebab mudah terikut ikut cakap orang, Jadi keputusan dibuat tanpa kaji terlebih dahulu, apabila dah beli , tak termakan pulak sebab terlampau banyak dan mungkin tak boleh nak telan.

 

Jadi, amatlah penting buat anda mengenalpasti dahulu apa yang ada didalam set berpantang yang ingin anda beli.

 

5) KUANTITI DAN TEMPOH PENGGUNAAN

 

Memang apabila melihat pakej-pakej yang disediakan terasa berbaloi .Namun, fikir dahulu berapa lamakah anda akan menggunakannya di dalam set berpantang ni?

 

Jika hanya seketika, elakkan membeli untuk mengelakkan pembaziran berlaku.

 

6) TARIKH LUPUT

 

Pastikan anda tidak membeli produk yang sudah dekat dengan tarik luputnya . Semak sebelum beli.

 

 

 

 

 

Anda juga mungkin berminat untuk teruskan pembacaan 🙂

 

 

 

 

 

Nur syafira Bt Mohd Naser.24 tahun merupakan puteri tunggal En Naser dan puan Aniza. Tinggal di Sungai petani dan merupakan pengedar sah shaklee Sungai Petani. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian produk shaklee boleh terus whatsapp 0175039907

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge