Atasi masalah selulit

ohh selulit!!!

selulit…..

 

images (34)

 

Apa itu selulit??

 

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

 

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

 

wanita memang pantang dengan selulit,tambah-tambah lagi bagi wanita yang sudah melahirkan anak atau mengalami peningkatan berat badan. Hakikatnya, selulit boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bagaimanapun bentuk tubuh badan anda. Oleh kerana selulit terjadi kesan daripada peratusan pertambahan lemak tubuh yang tinggi pada sesetengah jenis bahagian tubuh,terutama paha, lengan,belakang dan kaki. Ramai orang berusaha keras menyingkir dan mengurangkan selulit dengan krim dan pelbagai rawatan lain yang mahal.Mungkin ada yang berjaya tetapi ramai juga yang gagal.

 

Tahukah anda, untuk mengawal selulit, sebaiknya anda perlu mengurangkan peratusan lemak tubuh anda terlebih dahulu. Dengan ini, kulit akan menjadi lebih tegang dan lemak juga akan dapat disingkirkan . semua ini, hanya boleh dicapai dengan satu cara, iaitu aktiviti kecergasan. menyukat makanan sahaja belum tentu membantu anda mendapatkan kulit yang tegang. Tetapi jika anda membuat latihan kecergasan, insya ALLAH dapat menghilangkan selulit.

 

Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman

 

fokus otot yang perlu untuk mengurangkan selulit…

 

Dalam memilih senaman yang khusus untuk mengurangkan selulit, anda perlu memikirkan kumpulan otot terbesar yang mampu meningkatkan tahap metabolisme anda sepanjang hari. Berikut adalah kumpulan otot utama yang perlu diberi penekanan yang lebih .

 

KAKI — kaki adalah otot yang paling utama kerana ia adalah bahagian otot terbesar. Antara senaman terbaik untuk kaki anda ialah dengan menggunakan dumbell,barbell dan sebagainya.

 

download (30)

 

DADA-– Otot dada juga tidak kurang pentingnya kerana dada adalah bahagian tubuh atas yng terbesar pada keseluruhan tubuh.

 

images (39)

 

 

BELAKANG — Dada dan bahagian belakang tubuh penting untuk mengurangkan lemak pada tubuh pada keseluruhan tubuh.

images (38)

 

BAHU— Ramai orang yang terlupa senaman bahu kerana menganggap ia tidak penting .Namun, perlu diketahui ia juga penting kerana bahu boleh meningkatkan fungsi keseluruhan otot lain pada tubuh .Bahu digunakan untuk semua tindakan menolak dan menarik beban. Jika anda sudah mula merasa sakit semasa melakukan gerakan pada bahu, berhentilah seketika dan sambung kembali latihan apabila rasa sakit itu hilang.

 

PERUT— Anda tidak perlu melakukan aktiviti perut secara berlebihan, Namun ia, penting untuk keseluruhan latihan asas pada tubuh.

 

images (37)

 

Selain dari mengamalkan senaman untuk menghilangkan masalah selulit, anda juga boleh mencuba Produk Shaklee yang membantu dalam masalah selulit iaitu ESP (Energizing Soy Protein)

 

 

 

 

 

Jika berminat boleh hubungi fira untuk pembelian .

 

Pengedar Shaklee Sungai Petani

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge