• Penjagaan selepas bersalin

    Amalan Berpantang Selepas Bersalin

    Berpantang merupakah salah satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan / dihadapi oleh semua wanita yang baru lepas melahirkan anak. Amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan si ibu benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi perancangan keluarga. Manakala rawatan badan luar dan dalam serta pemakanan perlu dikawal dengan ketat sehingga tamat tempoh berpantang.   Lazimnya, masyarakat Melayu berpantang selama 40 hari bagi mengembalikan kecergasan wanita. Amalan seperti berurut, bertuam, bertungku, berbengkung, dan berbarut mungkin agak melecehkan bagi sesetengah orang tetapi kesan dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.     Rawatan Tradisional Secara umumnya, rawatan secara tradisional ni dilakukan dengan bimbingan orang orang yang lebih tua.…